dato halim maulidurrasul

SHAH ALAM, 3 JAN: Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri, menerima Anugerah Imam Al-Ghazali sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor tahun ini.

Anugerah itu disampaikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis itu yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap segala sumbangan dan bakti dicurahkan Dr Ab Halim demi kemajuan bangsa, agama dan negeri selama ini.

Selain itu, Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menerima Anugerah Saidatina Khadijah, manakala Nur Aisyah Mohamed Ibrahim, 17, terpilih menerima Anugerah Saidina Ali.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

-NFN-

Sumber Berita : selangorku.com