oleh : Abu Haidar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Telah ditulis ke atas anak adam itu nasibnya dari zina melalui pancainderanya, tidak boleh diubah ; iaitu dua mata zinanya pada penglihatan, dua telinga zinanya pada pendengaran, lidah zinanya pada percakapan, dua tangan zinanya pada sentuhan, dua kaki zinanya pada langkah, hati yang berimaginasi dan bercita-cita, kemudian faraj (kelamin) pula akan membenarkan dan menidakkannya."
[Riwayat Muslim]

Zina Hakiki, Zina Majazi.

Zina ialah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Kerana ia merosakkan nasab keturunan dan maruah manusia. Dari segi istilah zina terbahagi kepada dua kategori, zina hakiki dan zina majazi. Zina hakiki adalah hasil dari penyalahgunaan nafsu pada alat kelamin. Akibatnya berlaku persetubuhan haram antara bukan pasangan suami isteri dan juga bukan seorang tuan dan hambanya. Larangan dari mendekati zina yang terdapat pada surah al-Isra’ ayat… itu adalah zina yang hakiki. Perbuatan zina tersebut merupakan salah satu dari dosa besar yang mana hukuman duniawi di sisi Islam adalah hukuman hudud 100 kali sebatan.

Manakala zina majazi adalah seperti yang terkandung dalam hadis di atas. Zina yang berpunca dari penyalahgunaan pancaindera mata, telinga, lidah, tangan, dan kaki. Zina tersebut hanyalah dosa kecil dan tidak dikenakan hukuman hudud ke atas pelakunya. Tetapi ia boleh mendorong kepada kemuncak segala zina iaitu zina kelamin atau zina hakiki.

Benarlah pepatah arab yang bermaksud, “bermula dengan senyuman, kemudian percakapan, kemudian temujanji, kemudian pertemuan”.  Juga pepatah melayu, “dari mata jatuh ke hati”.


Allah Taala menjadikan setiap sesuatu itu bersama kebaikan dan keburukannya. Namun apa yang dikehendaki oleh Allah Taala hanyalah kebaikan darinya. Begitulah juga penglihatan, pendengaran, percakapan, sentuhan dan langkah. Orang  yang sering melakukan zina dengan lima deria tersebut memberi kesan buruk kepada hati. Kemudian hati yang sunyi dari iman akan memilih untuk melakukan zina kelamin.

Baginda pernah bersabda, “tidak berzina seorang penzina itu sedang dia beriman”.

 

Zina Zaman Moden.

Zaman moden memperlihatkan pelbagai teknologi rekaan manusia  yang bertujuan membantu memudahkan urusan harian mereka. Sehingga seakan-akan manusia kini tidak mampu hidup sempurna tanpa bantuan teknologi. Dalam masa yang sama, manusia kini semakin mudah terdedah dengan dosa-dosa kecil. Ya, sering terdedah dengan zina mata, telinga, lidah, tangan dan kaki!

Remajalah antara golongan yang terhadapan mendapat ancaman zina ini. Kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan remaja sekarang ini terlibat dengan perkembangan teknologi. Terutamanya apabila capaian internet yang diperolehi kini bukan lagi dengan berkongsi komputer di sekolah atau di CyberCafe, malah masing-masing mampu mengakses internet dengan gajet peribadinya. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.!

Gambar-gambar yang boleh membangkitkan nafsu syahwat ditayang di merata-rata laman internet tanpa diminta, apatah lagi jika diminta. Menyebabkan cahaya hati remaja kini semakin malap dan gelap. Apabila mata asyik melihat aurat di youtube dan facebook, telinga asyik mendengar suara teman wanita di corong talipon, lidah asyik menutur kata dusta dan lucah, tangan asyik menyentuh kulit wanita bukan mahram, dan kaki asyik melangkah ke tempat yang Allah benci, maka hati akan penuh dengan dosa-dosa kecil. Akhirnya ia mudah mengundang dosa besar iaitu melakukan zina kelamin.

Oleh itu Islam sangat menitikberatkan isu pandangan, dengan menganjurkan budaya menundukkan pandangan samada lelaki mahupun perempuan. Kerana dari pandangan, syahwat manusia terangsang untuk melakukan zina. Benar, pandangan pertama itu dimaafkan dan hanya pandangan kedua serta seterusnya itu dikira. Tetapi pandangan pertama itu dimaafkan hanya apabila tidak disengajakan.

 

Allah Sedang Menunggu Taubatmu.

Islam adalah agama yang sangat realistik. Diharamkan zina tapi dihalalkan persetubuhan selepas berkahwin. Larangan melakukan zina bukan hanya larangan dari melakukan persetubuhan secara haram, bahkan larangan tersebut bermula dari sekecil-kecil bentuk zina lagi. Kerana sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Oleh itu, menjaga pancaindera daripada melakukan zina kecil juga suatu tuntutan untuk memudahkan seseorang itu menghindari zina besar. Bayangkan jika seorang lelaki  yang sering melakukan zina dengan lima pancainderanya berada bersama teman wanitanya di rumah yang kosong di sebuah perkampungan yang jauh dari manusia lain. Apa akan berlaku? Adakah syaitan atau malaikat yang menjadi pendorong dia pada waktu itu? Fikirkanlah.

Justeru bertaubatlah dengan segera kembali kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Sebelum ajal tiba, mungkin esok atau mungkin juga sekejap lagi. Disamping syukurilah nikmat pancaindera yang diberikan dengan menggunakan sepenuhnya untuk beribadat pada Allah. Selain itu masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh dalam mencegah segala kemungkaran demi menjaga maruah diri dan keluarga. “Wahai orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka, yang mana bahan bakarannya adalah manusia dan juga batu.”

Wallahu a’lam.

 

oleh : Abu Haidar

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesunggunya wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar (dari rumahnya), syaitan akan menjadikan dia cantik (pada pandangan lelaki). Dan dia akan jauh daripada kasih sayang Allah Taala melainkan apabila dia berada di dalam rumahnya.”
[Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban]

 

Syaitan Sebagai Tukang Make-up

Islam mengariskan untuk wanita muslimah berhijab, tidak menampakkan perhiasannya, tidak bertabarruj dan kekal di dalam rumahnya jika tiada urusan untuk ke luar. Apabila wanita keluar dari rumahnya, maka dia akan dimake-up oleh syaitan supaya kelihatan cantik di hadapan manusia.

Syaitan yang dimaksudkan adalah syaitan jin dan syaitan manusia. Syaitan jin akan menghiasi wanita tersebut pada pandangan lelaki agar dia tergoda dengannya.  Syaitan manusia pula akan menganggap wanita tersebutlah yang tercantik baginya, seterusnya mengagung-agungkan ‘kecantikan’ yang palsu itu di hadapan manusia yang lain.

 

Aurat vs Pandangan

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa kaum wanita diperintahkan untuk menutup aurat lebih dari lelaki. Sebagaimana yang Allah telah perintahkan di dalam Al-Quran iaitu ‘ayat-ayat hijab’ (Surah An-nur, ayat 31) yang khusus untuk wanita. Adakah hikmahnya hanya untuk menyelamatkan diri mereka dari dirogol?

Jawapannya tidak. Kesalahan merogol itu adalah kesalahan si pelakunya iaitu perogol (lelaki) kerana ia timbul dari keinginan syahwatnya sendiri. Setiap wanita pasti tidak mahu dirinya menjadi mangsa rogol sekalipun dia berpakaian menjolok mata. Malahan realitinya, ada juga wanita ‘afifah iaitu yang menjaga auratnya dengan sempurna pun turut sama menjadi mangsa rogol.

Allah Taala Maha Adil dan Bijaksana. Setiap peraturan dan hukumnya amat adil dan sama sekali tidak akan menzalimi hambaNya.

Apabila Allah Taala melarang wanita membuka auratnya kepada lelaki ajnabi, sebenarnya Allah Taala juga mahukan menjaga pandangan kaum lelaki. Sebaliknya apabila Allah Taala memerintahkan agar lelaki menjaga pandangan, ia bererti Allah Taala ingin menjaga kehormatan wanita itu sendiri. Justeru hikmah menundukkan pandangan dan memelihara aurat tidak terhad kepada diri sendiri sahaja bahkan kepada orang lain juga.
Aurat gandingannya pandangan. Memelihara aurat sahaja tidak lengkap tanpa menjaga pandangan. Ayuh kita muhasabah diri kita dengan memilih jawapan yang betul bagi soalan di bawah.

Pilih jawapan yang sesuai dengan diri anda?

  1. Menutup aurat + Menundukkan pandangan
  2. Menutup aurat + Mengangkat pandangan   
  3. Membuka aurat + Menundukkan pandangan    
  4. Membuka aurat + Mengangkat pandangan

Lihatlah bagaimana Islam memuliakan manusia. Dia memberi dua kemuliaan sekaligus kepada seorang muslim yang memelihara aurat dan memelihara pandangannya (Surah An-nur, Ayat 30 - 31). Kenapa kita masih memilih hanya satu kemuliaan?

Tips Hijab!

Pakaian TIDAK Syar'ie VS Pakaian Syar'ie
Ketat dan sendat hingga menampakkan bentuk badan
Menyerupai jantina yang berbeza
Menyerupai orang kafir
Tidak menutup sebahagian anggota badan sahaja
Tabarruj (perhiasan yang melampau)
Nipis hingga menampakkan warna kulit
Mempunyai ciri kemasyhuran yang membawa kepada riak dan takabbur
Longgar dan labuh
Pakaian sopan yang melambangkan identiti jantina sendiri (lelaki / wanita)
Melambangkan identiti muslim / muslimah
Menutup seluruh tubuh dengan sempurna kecuali muka dan tapak tangan
Tidak menarik perhatian orang
Tebal dan tidak jarang hingga menampakkan tubuh
Pakaian zuhud dan jauh dari lambang kesombongan

 

Pilih Islam, bukan memilih-milih Islam.

Islam menutup pintu kemaksiatan dan kerosakan bermula dari sekecil-kecil perkara. Seperti “jangan melihat aurat ajnabi” kemudian “jangan bercouple” seterusnya “jangan bersentuhan dengan bukan ajnabi” sehinggalah “haram berzina”.  Namun, sekiranya manusia masih melakukan maksiat, maka itu bukan salah Islam yang tidak mentarbiah. Tetapi salah manusia yang tidak mengikut tarbiah Islam secara keseluruhannya.

Beramallah dengan Islam secara keseluruhannya, bukan dengan memilih-milih. Ibarat mematuhi lampu isyarat; hanya patuh pada lampu merah tanpa berhati-hati pada lampu kuning. Perbuatan ini menyebabkan kereta akan terbabas atau mencederakan diri dan penumpang dek tidak mengambil endah pada peringatan lampu kuning.

Wallahu a’lam.

 

 

Oleh : Ustaz Shukri Sakaratul Maut (Ayah Adik Naeilah al-Farafisyah)

  • Mendapat sesuatu perlu puji Allah dahulu.

  • Permulaan untuk mendapat zuriat yang soleh pemilihan dalam soal jodoh sebagaimana seorang isteri jaga Al-Quran (menghafaz) kalau dapat isteri al-hafizah lagi bagus alhamdulillah dan menjga solatnya dan menjaga pemakanan tidak dimakan unsur-unsur syubhah kerana ini permulaan kita igin mendapat zuriat yang boleh membaca Al-Quran seawal usia kanak-kanak.

  • Lakukan majlis walimah yang sedehana.

  • Didik anak sejak dari alam rahim dengan bacaan Al-Quran kalau boleh sebulan sekali khatam.

  • Perlu banyak menbaca Al-Quran, kalau tidak sempat pasangkan MP3. Moga air yang mengelilingi janin dapat diserapkan dengan Ayat Al-Quran.

  • Tidak vaksin ,boleh vaksin cuma ia tidak diwajibkan, terpulang ke atas kita. Kalau tidak vaksin jaga pemakanan anak. Penyakit menular biasanya permulaan sakit punca dari pemakanan. Nak back-up kesihatan anak tadi makan makanan sunnah / khasiat.

  • Elak makanan syubhah dengan tidak makan snek, nak lahir kekuatan rohani anak-anak dengan jaga pemakanan. Kerana ia memberi kesan kepada otak kanak-kanak.

  • Tidak memakai botol. Bila anak tidak pakai botol ini mendidik agar jiwanya lebih cepat matang.

  • Tidak memakai buaian kerana ini membantu kita sewaktu travel pergi mana-mana anak boleh tidur.

  • Jangan sebut pelat dengan anak. Sebut dengan jelas setiap perkataan. Ini membantu anak cepat menguasai bacaan.

  • Rajin dengan anak sebut perkataan "Allah". Biar kalimat ucapan yg pertama di bibir anak "Allah" ma shaa Allah!.

  • Pemakaian pampers. Didik anak kalau boleh ke tandas. Didiklah seawal usia 1 tahun 9 bulan dah ke tandas.

  • Tidak didedahkan nama watak-watak animasi (kartun). Terapkan pada anak-anak sejarah nabi dan sahabat nabi dan serikandi-serikandi Islam. Tiada unsur luar supaya memudahkan home schooling. Tidak salah ada tv di rumah cuma jadkan tv siaran yang membantu juga anak-anak mengenali kewajipan sebagai muslim.

  • Pakaian yg ada gambar-gambar memberi kesan pada jiwa-jiwa anak-anak yang melihat. Kalau boleh pakai pakain mengikut sunnah Rasulullah- pakai warna putih. Pakaian anak-anak mempengaruhi akhlak anak-anak.

  • Home schooling (ta'alim). Hidupkan di rumah dengan bacaan hadis-hadis nabi. Rumah yang ada rahmat rumah di dalamnya menghidupkan suasana ilmu. (Sunnah nabi) belajar secara santai dan sepanjang waktu tanpa rasa jemu. Belajar Al-Quran dan belajar hadis kerana ia ada nur.

  • Gunakan TV untuk tonton siaran yang baik. Jadi ibu bapa perlu pandai memilih siaran. Gunakan akidah rohani, masuk rumah tgk TV ingat Allah.

  • Baca Al-Quran setiap selepas solat, 2 @ 3 helai tengok mood.

  • Jangan didik anak takut pada rotan tetapi takut pada Allah, taat pada suruhan Allah.


    Wallahua'lam