
Kelab Al-Azhar Members (ALAM) merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada saudara Mohd Assyafiq bin Azhar yang telah memenangi pingat perak dalam acara pencak silat sempena Sukan Malaysia 2014 (SUKMA 2014) yang diadakan di Perlis baru-baru ini.
-
Saudara Assyafiq Bin Azhar yang mewakili negeri Kedah itu juga,pernah memperolehi beberapa pingat di dalam acara silat olahraga sebelum ini. Antara kejayaan yang pernah dicapai iaitu:
-
Tahun 2008 - pingat emas peringkat negeri Kedah dalam acara silat olahraga kategori putra D 60-63.
-
Tahun 2009 - pingat emas peringkat remaja Malaysia mewakili Kedah dalam pertandingan silat olahraga kategori putra D 60 - 65.
-
Tahun 2010 - pingat emas peringkat pelapis Malaysia mewakili negeri Kedah (silat olahraga) putra D 60-63.
-
Tahun 2011- pingat perak peringkat Antarabangsa mewakili negara Malaysia (silat olahraga) putra E 63-66.
-
dan terkini pada tahun 2014,memenangi pingat perak peringkat sukan Malaysia (SUKMA),di Perlis XVII mewakili negeri Kedah ( silat olahraga) putra G 70-75.
Beliau juga adalah merupakan seorang aktivis Kelab Al-Azhar members, KUIS.
Dengan kemenangan ini juga mengingatkan kita terhadap kisah Rasulullah S.A.W yang memanfaatkan kepelbagaian dakwah melalui sukan gusti ketika berdepan dengan Rukanah yang akhirnya membuka pintu hidayah Allah. Namun, bukan sekadar sihat, akan tetapi kekuatan tubuh badan ini juga menjadi elemen yg penting dalam meneruskan tanggungjawab sebagai 'Ansorullah' di muka bumi ini. Itulah kekuatan penting yang ada pada tentera Islam terdahulu. Semoga dengan kemenangan tersebut dapat mencetuskan lagi kekuatan dan menarik minat generasi anak muda hari ini khususnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk jasmani di samping tidak melupakan pada aspek kerohanian.
~akal yang sihat dari tubuh badan yang sihat~
“Inspirasi Mahasiswa Islam”