BANGI,  18 Julai - Program Iftar Jama'ie yang diadakan di Masjid al-Azhar KUIS dihadiri kira-kira 1500 orang yang terdiri daripada Pengurusan, pegawai dan pelajar KUIS disambut dengan penuh rasa syukur  di atas limpah Rahmat-Nya. Program yang diadakan sempena Perhimpunan bulanan bersama Rektor ini bermula jam 5.00 petang, dimulai dengan majlis khatam al-Quran serta diikuti dengan ucapan Rektor, YBhg Prof. Madya Dato' Dr Ab Halim bin Tamuri.

Program diteruskan dengan sumbangan Hari Raya yang disampaikan oleh Rektor dan Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) kepada pegawai serta pelajar KUIS yang layak menerima sumbangan. Kemuncak kepada program ini ialah semua hadirin menikmati hidangan berbuka puasa setelah azan Maghrib dan menunaikan  solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

iftar1iftar2
iftar3iftar6