berbuka dymm 1

BANGI, 12 Julai – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat hadir ke Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia bersama rakyat hari ini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Majlis yang turut dihadiri oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerabat-kerabat Diraja, Y.A.D Mufti Selangor, Y.A.D Pengerusi MAIS dan beberapa jemputan khas yang turut hadir bagi meraikan majlis.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 399 Asnaf negeri Selangor yang terdiri daripada fakir, miskin, anak yatim dan mualaf yang mana sebahagiannya terdiri daripada pelajar KUIS. Majlis diteruskan dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dan majlis diakhiri ucapan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan perkembangan semasa dan kemajuan yang telah dicapai oleh KUIS sejak awal penubuhannya pada tahun 1995. Beliau juga memaklumkan hasrat KUIS mencapai status universiti penuh menjelang tahun 2016 kepada DYMM Sultan Selangor serta para hadirin. Rektor KUIS pada akhir ucapannya berharap kemajuan KUIS akan terus disokong oleh semua pihak. Beliau mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor serta kerabat-kerabat baginda, dan berterima kasih kepada semua agensi, badan dan individu yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Rakyat pada hari ini.

berbuka dymm 2berbuka dymm 2
berbuka dymm 2berbuka dymm 2
berbuka dymm 2berbuka dymm 2
berbuka dymm 2berbuka dymm 2
berbuka dymm 2berbuka dymm 2
berbuka dymm 1