Bandar Seri Putra, 29 Jun – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat hadir ke Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama 3,000 mahasiswa, pegawai dan tetamu jemputan di perkarangan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
DYMM Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 300 Asnaf negeri Selangor yang terdiri daripada fakir, miskin dan saudara baharu yang mana sebahagiannya terdiri daripada mahasiswa KUIS.
Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), YBhg Prof. Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri telah menyampaikan sembah ucapan beliau memaklumkan tentang perkembangan semasa dan kemajuan KUIS sepanjang 20 tahun berada di arena pendidikan perdana dengan matlamat penubuhan sebagai tanggungjawab ummah bagi melahirkan professional Islam. Dengan peningkatan jumlah kemasukkan pelajar baharu pada sesi Jun 2015 yang meningkat 100% telah menjadikan jumlah semasa keseluruhan pelajar 8 ribu pelajar. Kejayaan ini membuktikan bahawa KUIS adalah pilihan utama masyarakat. Dalam ucapannya berharap kemajuan KUIS akan terus disokong oleh semua pihak dan merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS serta berharap peruntukkan zakat yang telah dberikan dapat dikekalkan atau ditingkatkan selaras dengan penambahan pelajar yang sediaada. Terima kasih kepada pembayar zakat yang telah membuktikan bahawa hasil zakat dapat membangunkan ummah melalui bidang pendidikan. Beliau mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor serta kerabat-kerabat baginda, dan berterima kasih kepada semua agensi, badan dan individu yang telah menjayakan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat pada hari ini.
Turut hadir YAB Menteri Besar Selangor Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, YAD Pengerusi MAIS Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa, Orang Besar Daerah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerabat-kerabat Diraja, SS Mufti Selangor, SS Pengarah JAIS, beberapa jemputan khas di peringkat daerah dan negeri.
![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() |
SHAH ALAM, 3 JAN: Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri, menerima Anugerah Imam Al-Ghazali sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor tahun ini.
Anugerah itu disampaikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis itu yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, hari ini.
Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap segala sumbangan dan bakti dicurahkan Dr Ab Halim demi kemajuan bangsa, agama dan negeri selama ini.
Selain itu, Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menerima Anugerah Saidatina Khadijah, manakala Nur Aisyah Mohamed Ibrahim, 17, terpilih menerima Anugerah Saidina Ali.
Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
-NFN-
Sumber Berita : selangorku.com
BANGI, 18 Julai - Program Iftar Jama'ie yang diadakan di Masjid al-Azhar KUIS dihadiri kira-kira 1500 orang yang terdiri daripada Pengurusan, pegawai dan pelajar KUIS disambut dengan penuh rasa syukur di atas limpah Rahmat-Nya. Program yang diadakan sempena Perhimpunan bulanan bersama Rektor ini bermula jam 5.00 petang, dimulai dengan majlis khatam al-Quran serta diikuti dengan ucapan Rektor, YBhg Prof. Madya Dato' Dr Ab Halim bin Tamuri.
Program diteruskan dengan sumbangan Hari Raya yang disampaikan oleh Rektor dan Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) kepada pegawai serta pelajar KUIS yang layak menerima sumbangan. Kemuncak kepada program ini ialah semua hadirin menikmati hidangan berbuka puasa setelah azan Maghrib dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.
![]() ![]() |
![]() ![]() |
BANGI, 12 Julai – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat hadir ke Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia bersama rakyat hari ini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Majlis yang turut dihadiri oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerabat-kerabat Diraja, Y.A.D Mufti Selangor, Y.A.D Pengerusi MAIS dan beberapa jemputan khas yang turut hadir bagi meraikan majlis.
Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 399 Asnaf negeri Selangor yang terdiri daripada fakir, miskin, anak yatim dan mualaf yang mana sebahagiannya terdiri daripada pelajar KUIS. Majlis diteruskan dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dan majlis diakhiri ucapan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri.
Dalam ucapannya, beliau memaklumkan perkembangan semasa dan kemajuan yang telah dicapai oleh KUIS sejak awal penubuhannya pada tahun 1995. Beliau juga memaklumkan hasrat KUIS mencapai status universiti penuh menjelang tahun 2016 kepada DYMM Sultan Selangor serta para hadirin. Rektor KUIS pada akhir ucapannya berharap kemajuan KUIS akan terus disokong oleh semua pihak. Beliau mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor serta kerabat-kerabat baginda, dan berterima kasih kepada semua agensi, badan dan individu yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Rakyat pada hari ini.
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() |
Bandar Seri Putra, 8 Okt 2014 – Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1435H, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan kerjasama Masjid Al-Azhar KUIS telah melaksanakan program Ibadah Qurban secara gotong-royong bersama warga KUIS. Turut hadir Ybhg Rektor KUIS Prof Madya Dato’ Dr Ab. Halim bin Tamuri. Sebanyak enam ekor lembu telah dikorbankan. Program berjalan dengan semangat ukhuwah dan kerjasama yang erat di antara warga KUIS. Sebahagian daging korban telah diagihkan dan sebahagian lagi dimasak dan dihidangan untuk jamuan tengahari bersama warga KUIS. Semoga program ini sentiasa diberkati Allah SWT. Memaknai Pengorbanan Menjiwai Perjuangan.
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() |





























